My Add

Wednesday 26 September 2012

Toh Puan Siti Zainab meninggal dunia

GEORGETOWN, RABU, 26 September, 2012: Toh Puan Siti Zainab Baharuddin, balu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Allayarham Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, meninggal dunia, di sini hari ini.

Siti Zainab, 85, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada pukul 7.15 pagi selepas tiga bulan dirawat di hospital itu akibat angin ahmar.

Menurut anak sulungnya, Datin Dr Siti Khadijah Hamdan, jenazah Siti Zainab dibawa ke rumahnya di Lebuh Bukit Jambul dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Jalan Zoo di sini selepas solat Asar.

Tun Dr Hamdan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1989 hingga 2001 dan meninggal dunia pada tahun 2005.

Siti Zainab, bekas guru dan pernah menyandang jawatan Presiden Hoki Wanita Pulau Pinang serta menjadi penasihat kepada beberapa pertubuhan wanita itu, meninggalkan tiga anak dan lima cucu.

Antara yang menziarahi jenazah beliau ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman; Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P Ramasamy; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Salleh Man; ahli Exco kerajaan negeri dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pengerusinya, Teng Chang Yeow. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment