My Add

Thursday 20 September 2012

USM lahir kumpulan pertama graduan perubatan nuklear di Asia
 *MOHD. Wajdi Ghazali (kiri sekali) Mahayudin Abdul Manaf, Nor Salita Ali, L. Yogendre dan Law Chiong Song menunjukkan simbolik lima selepas bergelar graduan sulung sarjana perubatan nuklear pada majlis Konvokesyen Ke-46 Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG, RABU, 19 September, 2012: Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah dengan kejayaan melahirkan graduan sulung peringkat sarjana perubatan nuklear iaitu yang pertama di Asia.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, kumpulan graduan itu terdiri daripada lima siswazah di bawah seliaan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju di kampus baru USM di Bertam, Kepala Batas di sini.

"Mereka telah memulakan pengajian pada 2008 dan program pengajiannya telah dirangka sendiri oleh tenaga akademik USM. Universiti berharap kejayaan ini membawa manfaat kepada negara dan masyarakat" katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment