My Add

Wednesday 19 September 2012

USM lahirkan graduan perubatan nuklear pertama

PULAU PINANG, RABU, 19 September, 2012: Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila berjaya melahirkan graduan sulung peringkat sarjana perubatan nuklear, iaitu yang pertama di Asia.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, kumpulan graduan itu terdiri daripada lima siswazah di bawah seliaan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju di kampus baru universiti itu di Bertam, Kepala Batas, di sini.

“Mereka telah memulakan pengajian pada 2008 yang mana program pengajiannya telah dirangka sendiri tenaga akademik USM. Universiti berharap kejayaan ini membawa manfaat kepada negara dan masyarakat.

“Bagi melengkapkan komponen-komponen tertentu dalam program ini, USM turut bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan dan luar negara seperti Singapura serta Filipina bagi mendapatkan kepakaran pensyarah mereka untuk menyampaikan kuliah," katanya pada sidang akhbar selepas sidang pertama upacara konvokesyen ke-46 universiti itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment