My Add

Tuesday 9 October 2012

11,000 warga Nepal jadi pengawal keselamatan sejak 2003

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012:: Kira-kira 11,000 warga Nepal diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini sejak 2003, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, berkata kelulusan itu diberi kepada 200 syarikat kawalan keselamatan seluruh negara selepas mengambil kirabeberapa faktor termasuk latar belakang rakyat Nepal.

"Dalam masa mereka berkhidmat (semasa pemerintahan British) didapati pada ketika itu mereka mempamerkan imej yang tinggi, setia kepada pengurusan tertinggi, berdisiplin, dan mematuhi arahan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) di sini.

Abu Seman berkata, pada peringkat awal hanya rakyat Nepal yang bermastautin sahaja dibenar diambil bekerja, namun pada 2009 kerajaan memberi kelonggaran untuk pengambilan dari negara asal dengan syarat mereka bekas tentera.

Beliau berkata, sehingga Isnin, sejumlah 667 syarikat kawalan keselamatan beroperasi di seluruh negara dengan 130,000 pekerja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment