My Add

Tuesday 23 October 2012

219 syarikat kelapa sawit langgar akta dikompaun

KOTA KINABALU, SELASA, 23 OKTOBER, 2012: Sebanyak 219 kilang kelapa sawit dikompaun kerana melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sehingga bulan ini di Sabah, membabitkan denda berjumlah RM158,050.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata 13 daripada kilang terbabit dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM26,000.

"Program penguatkuasaan dilakukan mengikut keutamaan di mana lawatan ke kilang-kilang yang bermasalah dibuat dengan kekerapan sekurang-kurangnya empat kali setahun," katanya menjawab soalan Datuk Liew Teck Chan (SAPP-Ikas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment