My Add

Monday 22 October 2012

2,775 pelajar UTHM bakal terima diploma, ijazah

Oleh HAMDAN TAWADI
BATU PAHAT, AHAD, 21 Oktober, 2012: Seramai 2,775 graduan bakal menerima diploma dan ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Ke-12 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pada 3 dan 4 November ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, graduan-graduan itu merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Doktor Falsah seramai tujuh orang, Sarjana (370), Sarjana Muda (2,074) dan Diploma (324).

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selaku Canselor UTHM dijangka menyempurnakan sidang pertama majlis konvokesyen yang akan berlangsung pukul 9 pagi, 3 November ini.

"Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pro Canselor UTHM dijangka menyempurnakan sidang ketiga majlis konvokesyen pada 4 November," katanya pada sidang akhbar majlis konvokesyen itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment