My Add

Tuesday 23 October 2012

3 maut pertempuran etnik Rohingya-Buddha di Myanmar

YANGON, SELASA, 23 Oktober, 2012: Tiga terbunuh dalam keganasan perkauman terbaru antara penduduk Islam Rohingya dan penganut agama Buddha di Rakhine, barat Myanmar, lapor pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Ketua Hakim Rakhine, Hla Thein, berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa tiga orang membabitkan seorang etnik Rakine dan dua wanita Islam terbunuh di perkampungan Pandeinkone ketika pertempuran yang berlaku semalam.

“Beratus kediaman terbakar dalam pertempuran itu yang mengakibatkan dua kampung terjejas teruk,” katanya sambil menambah kedua-dua kampung itu terletak berdekatan antara satu sama lain.

Lebih 300 rumah dilaporkan terbakar.

Berpuluh penduduk terbunuh dalam pertempuran yang melanda antara masyarakat Islam dan Buddha pada Jun lalu, manakala berpuluh ribu lagi melarikan diri, mendorong kumpulan hak asasi manusia untuk memberi amaran terhadap krisis kemanusiaan. - AFP

No comments:

Post a Comment