My Add

Monday 22 October 2012

300 anggota, pegawai MALBATT 5 berlepas ke Lubnan

SUBANG, ISNIN, 22 Oktober, 2012:: Seramai 300 pegawai dan anggota tentera kumpulan pertama Batalion Malaysia ke-5 (MALBATT 5) berlepas ke Lubnan, hari ini untuk menyertai misi Pasukan Tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

Pasukan itu terdiri daripada 37 pegawai dan 263 anggota lain-lain pangkat, termasuk enam anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan menjalankan tugas pengaman di negara berkenaan selama setahun.

Kumpulan diketuai Kolonel Zainal Abidin M Said, berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jam 3.45 petang tadi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menasihatkan kumpulan MALBATT 5 supaya menjauhkan diri sebarang gejala negatif yang mampu menjejaskan reputasi kontinjen dan menimbulkan keadaan tidak diingini.

"Beberapa perkara yang boleh menimbulkan isu sensitif haruslah dielakkan disamping mengekalkan sifat berkecuali," katanya ketika Majlis Pemakaian Beret PBB kepada kumpulan pertama MALBATT 5 di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, di sini.

MALBATT 5 menggantikan MALBATT 4 yang dijadualkan tiba di sini pada jam 2.15 petang esok. - BH

No comments:

Post a Comment