My Add

Monday, 22 October 2012

44 warga asing tanpa dokumen ditahan

GEORGETOWN, AHAD, 21 Oktober, 2012: Polis menahan 44 warga asing yang didapati tiada dokumen perjalanan sah menerusi “Ops Rantau” di sekitar pusat bandar, di sini hari ini.

Sumber polis berkata, mereka yang ditahan ialah warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan Vietnam.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 39 lelaki dan lima wanita berumur lingkungan 23 hingga 45 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita.

Operasi berlangsung selama dua jam dari pukul 3 petang itu memeriksa 315 rakyat asing, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan penangkapan warga asing berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment