My Add

Wednesday 24 October 2012

70 syor resolusi dibentang DPMM pada Kongres Ekonomi Melayu

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012: Sebanyak 70 cadangan resolusi dibentangkan ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam Kongres Ekonomi Melayu 2012 (KEM 2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Antara resolusi yang menjadi tumpuan adalah pemilikan tanah rizab Melayu, masalah mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan dan keberkesanan pengurusan agensi yang bertanggungjawab dalam menyediakan modal permulaan kepada peniaga baru. 

Peserta kongres, Abdul Hamid Hussin menyuarakan pendapat bahawa syarat ketat yang ditetapkan beberapa institusi kewangan mengakibatkan ramai usahawan Melayu yang baru bertapak sukar mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan. - BH


No comments:

Post a Comment