My Add

Tuesday 9 October 2012

8,000 jururawat menganggur

Oleh ROSALINDA MD. SAID
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Sebanyak 8,000 lepasan bidang kejururawatan di negara ini gagal memperoleh pekerjaan dalam bidang berkaitan sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keadaan itu disebabkan mutu lepasan jururawat yang rendah serta ketidakseimbangan peluang pekerjaan.

"Mengambil kira perkara itu, kita sedang bekerjasama secara berterusan dengan Kementerian Kesihatan bagi menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan golongan tersebut terutama lepasan kolej-kolej swasta.

"Malah, kita sedang melihat beberapa modul yang boleh digunapakai seperti menawarkan latihan praktikal kepada lepasan jururawat yang sudah bertahun-tahun menganggur bagi membuka peluang mereka terlibat dalam dunia pekerjaan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment