My Add

Monday 22 October 2012

96 peratus penjenayah cenderung kembali tabiat asal

KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Oktober, 2012: Kira-kira 96 peratus daripada 383 penemuan cap jari yang berjaya dikesan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sejak Januari sehingga pertengahan tahun ini dikenal pasti milik penjenayah tegar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ada di antara penjenayah tersebut pernah disabitkan kesalahan di mahkamah dan menjalani hukuman namun kembali kepada tabiat lama selepas dibebaskan.

"Statistik ini menunjukkan mereka tidak mempunyai kesedaran untuk berubah ke arah yang lebih baik walaupun sebahagian besar daripada mereka pernah disabitkan kesalahan dan menerima hukuman," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Bersatu Mencegah Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama Polis Selangor di Dewan Serbaguna Taman Cempaka, Ampang dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment