My Add

Friday 26 October 2012

Aidiladha pertama buat penduduk Tapiantana

KEPULAUAN TAPIANTANA, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini lebih bermakna buat lebih 5,000 penduduk Pulau Tapiantana yang terdiri daripada tentera Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) apabila mereka tidak perlu lagi mengawal pantai pada hari raya.

Berbanding sejak hampir 30 tahun lalu, penduduk terpaksa mengawal kepulauan itu kerana sering diancam tentera kerajaan tambahan lagi pada hari raya.

Penderitaan penduduk pulau tersebut berakhir apabila Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro antara kerajaan Filipina dengan MILF dimeterai pada 15 Oktober lalu.

Ketua pulau Tapiantana, Billamin Hasan berkata, kegembiraan penduduk pulau bukan sahaja setakat perjanjian rangka kerja itu, sebaliknya diteruskan dengan sambutan Aidiladha.

"Kami menganggap hari raya kali ini juga merupakan hari menyambut kemenangan kerana telah mendapat kejayaan dalam perjuangan yang turun menurun," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment