My Add

Thursday 25 October 2012

Akta Orang Asli dihalusi - Shafie Apdal

SEREMBAN, RABU, 24 Oktober, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang memperhalusi Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) menerusi perbincangan dengan semua pihak termasuklah kerajaan negeri, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pembentangan tentang pindaan akta berkenaan akan dilakukan dalam persidangan Parlimen akan datang selepas hasil perbincangan dimuktamadkan oleh semua pihak berkaitan.

Jelasnya, perbincangan itu melibatkan pelbagai aspek, antaranya pembahagian tanah, kawasan rayau dan hal-hal berkaitan kepentingan masyarakat Orang Asli.

‘‘Akta ini bakal memberikan jaminan bahawa Orang Asli mendapat pembelaan sewajarnya. Pada masa sama kita juga telah mengadakan siri jelajah dan bengkel bagi mendapat maklum balas daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Dewan Lenggeng dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment