My Add

Monday 8 October 2012

 Amer Ali
Bukan mudah tubuh KR1M

KUALA LUMPUR, AHAD, 07 Oktober, 2012: Meskipun sudah berada dalam kelompok usahawan tempatan yang berjaya dan disegani dalam bidang peruncitan dengan jenama Mydin, Datuk Amer Ali mengakui pengalamannya yang terlibat secara langsung dalam penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bukan mudah.

Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd. itu berkata, cabaran itu timbul kerana pembukaan KR1M dipolitikkan tanpa mengetahui matlamat dan tujuan asal kerajaan mewujudkan kedai yang menjual produk pada harga cukup murah.

Menurutnya, beliau bersetuju untuk membantu kerajaan menubuhkan KR1M atas dasar mahu membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang rendah tetapi sejak awal penglibatan Mydin dalam KR1M sehingga hari ini perkara itu dipolitikkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment