My Add

Tuesday 23 October 2012

Anggota misi berdepan situasi cemas

MARFAQ, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Anggota Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Pelarian Syria di Jordan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berdepan dengan situasi mencemaskan ketika melawat kem pelarian Zatari di utara negara ini, semalam.

Misi yang diketuai Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu 'diserang' oleh berpuluh-puluh pelarian Syria yang tidak berpuas hati dengan bendera Syria yang tertera di baju pasukan sukarelawan berkenaan.

Hal yang demikian berlaku kerana kumpulan pelarian itu adalah dalam kalangan penentang kerajaan manakala bendera yang digunakan oleh anggota KP1M adalah bendera kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Menurut kumpulan pelarian itu, mereka mempunyai bendera sendiri dan tidak mahu KP1M menggunakan bendera Syria kerana itu sama seperti menyokong kepimpinan Bashar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment