My Add

Wednesday 24 October 2012

Anifah ketuai delegasi Mesyuarat ke-12 JCBC Malaysia-Indonesia
 
PUTRAJAYA, RABU, 24 Oktober, 2012:: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat ke-12 Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Bilateral (JCBC) Malaysia-Indonesia di Yogyakarta yang berakhir semalam.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra menerangkan Anifah dan rakan sejawatannya membincangkan isu berhubung kerjasama bilateral antara kedua-dua negara termasuk kemajuan usaha menetapkan sempadan maritim dan darat, kebajikan nelayan, pekerja domestik Indonesia, kerjasama perdagangan dan pelaburan.

Pada mesyuarat dua hari itu yang bermula Isnin, kedua-dua menteri luar juga membincangkan isu Laut China Selatan dan Filipina Selatan, di samping isu lain kepentingan bersama.

Kedua-dua menteri itu menandatangani Rekod Perbincangan pada akhir mesyuarat, semalam.

Sebelum mesyuarat JCBC, Anifah juga menemui Menteri Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia, Syarif Cicip Sutardjo di Jakarta, membincangkan isu berkaitan penahanan dua nelayan Malaysia iaitu Kee Ching Ha dan Kee Chin Wooi oleh agensi penguatkuasa Indonesia di Selat Melaka.

Di Yogyakarta semalam, Anifah juga mengunjungi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Mereka membincangkan isu kepentingan bersama termasuk Rundingan Tahunan ke-9 di Malaysia pada Disember.
Anifah juga menimbulkan isu nelayan dan Pusat Pembelajaran Komuniti di Sabah.

Sementara itu, presiden itu juga menyatakan bahawa Indonesia ingin bekerjasama rapat dengan Malaysia dan Brunei dalam isu Gerakan Kesederhanaan Global.

Malaysia akan menjadi tuan rumah mesyuarat ke-13 JCBC tahun depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment