My Add

Tuesday 23 October 2012

ASEAN, Jepun perlu bentuk hubungan lebih bersesuaian: Muhyiddin

KUALA LUMPUR, SELASA 23 Oktober, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan perlunya negara ASEAN dan Jepun untuk membentuk dan membina hubungan masa depan mereka menjadi suatu yang lebih sesuai dengan realiti kurun ke-21.

Beliau berkata, suatu ketika dulu Jepun ialah rakan utama ASEAN dalam perkara ekonomi, hari ini, pembabitan ekonomi serantau berkembang meliputi China, Korea, India, Australia dan New Zealand. 

"Ini juga boleh berubah kerana ada cadangan untuk merangka semula rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di bawah aturan yang akan dikenali sebagai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)

"Semua perkembangan ini akan akhirnya memberi impak terhadap status quo. Walaupun kita puas hati dengan keadaan sekarang antara kedua-dua pihak, sudah tiba masanya bagi kita melihat kepada cara baru untuk mengukuhkan dan mendalami hubungan ini," katanya dalam ucaptama pada mesyuarat Perniagaan ASEAN-Jepun ke-38 di sini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA), Tan Sri Azman Hashim dan Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment