My Add

Monday 8 October 2012


Bekas kapten bola sepak Selangor berazam untuk sembuh
 *ROSNI Sohar (tengah) dan Latifah Daud kanan) melihat luka Mohd.
Ezmi dicuci ketika Skuad Sayang Wanita UMNO Hulu Selangor
melawatnya di Batang Kali, semalam.
BATANG KALI, AHAD, 07 Oktober, 2012:''Doakan anak saya sembuh.''

Demikian rintihan Latifah Daud, 55, iaitu ibu kepada bekas ketua pasukan bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 1998, Mohd. Ezmi Md. Jan, 35, yang kini menderita penyakit barah hidung atau limfoma, ketika dikunjungi Skuad Sayang Wanita UMNO (Skuad Sayang) Hulu Selangor di rumahnya di Kampung Sentosa Tambahan di sini hari ini.

Menurut Latifah, dia begitu terharu dengan kecekalan anak sulungnya itu yang berazam kuat untuk sembuh bagi membesarkan sendiri dua anaknya yang kini berusia tujuh dan 10 tahun.

''Kami percaya dia akan sembuh, cuma tidak tahu bila. Saya berharap masyarakat di luar sana dapat mendoakan untuknya agar dia cepat sembuh,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment