My Add

Wednesday 24 October 2012

Bekas rakan Anwar perlu dipanggil

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Oktober, 2012: Perjumpaan dua peguam Perancis dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang hanya bermakna sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa Datuk S. Nallakaruppan, Umi Hafilda Mohd. Ali dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk turut serta.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, kehadiran mereka penting supaya kedua-dua peguam berkenaan memahami adakah benar isu utamanya adalah melibatkan kapal selam Scorpene atau hanya isu moral Ketua Pembangkang itu.

"Untuk mencari kebenaran dan keadilan maka sebagai peguam, sepatutnya mereka mesti bersedia mendengar pandangan daripada kedua-dua belah pihak dan bukan hanya menelan apa sahaja yang diperkatakan oleh Anwar atau orangnya.

"Hanya mereka yang rapat dengan Anwar layak menerangkan siapa Anwar sebenarnya. Bukannya mereka yang terpengaruh dan terpukau dengan imej yang hanya dilakonkan oleh Ketua Pembangkang itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment