My Add

Tuesday 9 October 2012

BMAM ramal 80 peratus JMB bankrap

PETALING JAYA, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM) meramalkan lebih 80 peratus Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau perbadanan pengurusan (MC) bagi kediaman di bangunan-bangunan tinggi Malaysia akan bankrap sekiranya rang undang-undang pengurusan strata diluluskan kerajaan.

Keadaan itu boleh berlaku kerana pindaan undang-undang baharu itu telah menetapkan hanya syarikat-syarikat penilai hartanah berlesen diberi hak eksklusif menguruskan hartanah atau bangunan tinggi di negara ini.

Presidennya, Dr. Ir. Teo Chiang Kok berkata, perkara yang dibimbangi BMAM adalah syarikat-syarikat penilai berlesen itu langsung tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bangunan tinggi.

Malah, syarikat-syarikat tersebut dijangka melakukan 'Ali Baba' bagi tugas pengurusan tersebut kepada JMB atau MC dan ia hanya menguntungkan syarikat penilai hartanah itu sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment