My Add

Tuesday 23 October 2012

Ceramah Pas kurang sambutan

KOTA BHARU, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Ketika kepulangan pasukan The Red Warriors disambut meriah oleh lebih 10,000 peminat meskipun dalam suasana hujan, lain pula yang berlaku dalam ceramah perdana sempena 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, di sini malam tadi.

Jika sebelum ini, pembangkang terutama Pas cukup berbangga dengan sambutan hangat rakyat Kelantan terhadap ceramah-ceramah politik mereka, namun suasana agak hambar dialami Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin pembangkang lain yang berceramah sempena program itu.

Ceramah yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) itu antara lain turut menampilkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Muhammad Nur Manuty.

Selain kurang mendapat sambutan, ceramah anjuran Urus Setia Penerangan Negeri itu juga menyaksikan tiada lagi pengasingan antara lelaki dan perempuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment