My Add

Friday 26 October 2012

Cfo berhadapan cabaran pengurusan tunai yang ketara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Ketua-ketua Pegawai Kewangan (CFO) kini berhadapan cabaran pengurusan tunai, sama ada terlalu banyak tunai atau miskin tunai, demikian hasil laporan yang disediakan oleh Ernst & Young, pemimpin global dalam perkhidmatan jaminan, percukaian, transaksi dan nasihat.

Laporan bertajuk 'Drought or drowning? Cash challenges for CFOs at both ends of the liquidity spectrum', menyebut ketidaktentuan dalam ekonomi sejak beberapa tahun lepas meletakkan ramai CFO berada dalam kedua-dua situasi terbabit.

Laporan itu mengenal pasti kesukaran spektrum kecairan dan menilai peluang-peluang dan pertimbangan bagi membantu CFO menerajui syarikat masing-masing mengharungi persekitaran ekonomi yang mencabar ini.

Ia juga berkata, sekatan merupakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan yang mahu mencari jalan untuk merangsang pertumbuhan serta syarikat kecil yang perlukan pembiayaan.

Di zon Euro, korporat secara keseluruhannya memegang kira-kira 2 trilion euro (RM7.90 trilion), FTSE100 di United Kingdom menguasai 750 bilion pound (RM3.68 trilion) manakala korporat di Amerika Syarikat (AS) memiliki lebih daripada AS$2 trilion (RM6.08 trilion), katanya dalam kenyataan.

Ernst & Young berkata laporan itu juga mengenal pasti tip utama pengurusan tunai dalam kalangan CFO yang mempunyai banyak tunai, antara lain, mengikat kewangan untuk penerbitan bon, membangunkan strategi pengurusan perbendaharaan yang jelas dan memantau peluang penggabungan dan pengambilalihan.

Bagi CFO yang miskin tunai, cadangan Ernst & Young termasuk, menyiasat sumber hutang bukan bank, membina kepercayaan dengan bank-bank dan penyedia kewangan lain dan bergerak daripada taktikal kepada penambahbaikan modal kerja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment