My Add

Tuesday 16 October 2012

Cirit-birit, radang paru-paru tidak ancam kanak-kanak
*ROSNAH Abdul Rashid Shirlin melakukan demonstrasi cara membasuh tangan yang betul sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan Unilever Malaysia, Rakesh Mohan (kanan) dan Timbalan Presiden Korporat dan Internasional PNB, Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid (tiga dari kanan) pada Kempen Mencuci Tangan Sedunia di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Penyakit radang paru-paru dan cirit-birit bukan lagi ancaman serius kepada bayi dan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, statistik penyakit itu tidak tinggi kerana kesemua bayi dan kanak-kanak di negara ini perlu mematuhi sistem imunisasi yang dijalankan di klinik dan hospital kerajaan.

"Bayi dan kanak-kanak sehingga tiga tahun diwajibkan mengambil vaksin yang ditetapkan dan pengambilan imunisasi itu dijalankan mengikut jadual," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment