My Add

Tuesday 16 October 2012

DAP tak hormat umat Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Tindakan DAP Kedah yang secara terang-terangan menentang pelaksanaan undang-undang berunsurkan Islam dengan mempersoalkan pelaksanaan garis panduan papan iklan di negeri itu disifatkan sebagai tidak menghormati umat Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, adalah menjadi hak kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran Pas untuk melaksanakan undang-undang itu dan DAP tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan tersebut.

Oleh itu, katanya, Pas, tidak sepatutnya tunduk kepada gesaan DAP tersebut memandangkan majoriti penduduk Kedah beragama Islam sementara DAP pula hanya merupakan suara minoriti.

"Masalah timbul apabila Pas Kedah tidak berani bertindak, tidak berani menegaskan keputusan mereka. Pas merupakan parti yang mentadbir Kedah manakala DAP hanyalah golongan minoriti dalam pentadbiran negeri tersebut, mengapa Pas harus akur kepada golongan minoriti? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment