Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Bermula 1 Januari depan, semua iklan palsu atau mengelirukan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda antara RM50,000 hingga RM1 juta dan penjara antara tiga hingga lima tahun.
Antara perkara yang tidak dibenarkan dalam garis panduan yang akan diedarkan kepada pihak pengiklanan dalam masa terdekat ini adalah iklan-iklan yang mendakwa sesuatu ubat mampu menyembuhkan penyakit kronik.
Perkara itu diputuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi penubuhan Jawatankuasa Pengiklanan yang bertanggungjawab memantau iklan-iklan seumpama itu. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment