My Add

Monday 8 October 2012

Dua wanita maut nahas jalan raya

KUANTAN, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Dua maut manakala dua lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua kereta di Km 23 Jalan Pekan-Nenasi dekat Rompin, petang semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt. Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mereka yang terbunuh ialah Siti Rahmah Roman, 26 yang mengandung lapan bulan dan wanita warga emas Nah Yasin, 72.

Kejadian berlaku 5.30 petang apabila kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki tiga sekeluarga bertembung dengan Proton Waja yang dinaiki empat sekeluarga, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Siti Rahmah dari Kuala Rompin merupakan penumpang hadapan kereta Proton Saga, manakala Nah pula dari Jengka 13, Bandar Jengka penumpang belakang Proton Waja.

Mohamed Fauzi berkata, akibat pertembungan itu, Nah maut di tempat kejadian akibat terjerut tali pinggang keledar yang dipakainya, manakala Siti Rahmah meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment