My Add

Thursday 25 October 2012

Ejen penghantaran dituduh curi Porsche Panamera 4

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Seorang ejen syarikat penghantaran hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri kereta Porsche Panamera 4 berharga RM870,000 di Pusat Jualan Porsche, di sini, dua minggu lalu.

Mohd Azri Mohd Kassin, 31, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan apabila tuduhan dibacakan di hadapan majistret Siti Shakirah Mohtarudin.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di pusat jualan berkenaan di Jalan Bukit Bintang, jam 9.29 pagi, 11 Oktober lalu.

Mohd Azri dibenar diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin. - BH

No comments:

Post a Comment