My Add

Friday 26 October 2012

Elak guna khidmat orang tengah

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang memperkenalkan langkah baharu bagi memastikan nelayan tidak lagi menggunakan perkhidmatan orang tengah untuk memasarkan ikan.

Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, pendapatan nelayan dapat dipertingkatkan jika hasil tangkapan tidak melalui orang tengah dan seterusnya meningkatkan ekonomi masyarakat nelayan di negara ini.

"Golongan nelayan akan diberi beberapa kemudahan sesuai bertujuan menghalang mereka dari terus menerus mengguna khidmat orang tengah.

"Masalah orang tengah dalam menentukan harga tangkapan ikan oleh nelayan di laut masih belum dapat diselesaikan, walaupun pelbagai keadah telah diperkenalkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan 47 Tahun FAMA Peringkat Negeri Kedah di Pejabat Operasi FAMA Jalan Bakar Arang di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment