My Add

Sunday 21 October 2012

Empat ditahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia

SHAH ALAM, AHAD, 21 Oktober, 2012:: Empat lelaki ditahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-96 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, semalam atas beberapa kesalahan termasuk berkaitan dadah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an, termasuk tiga daripada mereka adalah penyokong Kelantan, sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini untuk siasatan lanjut. 

"Selain kes dadah, tiga lagi ditahan berkaitan kes baling botol dan bakar bunga api," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zahedi berkata, walau bagaimanapun perlawanan semalam berlangsung dengan terkawal termasuk tanpa sebarang kejadian gaduh di antara kedua-dua penyokong pasukan yang bertanding.

Katanya, lebih 1,000 anggota polis bertugas mengawal keadaan sepanjang perlawanan yang berlangsung lebih 90 minit itu.

Dalam perlawanan yang menarik kira-kira 80,000 penonton itu, menyaksikan
Kelantan muncul juara menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment