My Add

Wednesday 24 October 2012

Face jana modal insan holistik, cemerlang

KUALA LUMPUR, SELASA,23 Oktober, 2012: Penubuhan Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak, Remaja dan Keluarga (Face) adalah bertepatan dengan hasrat negara untuk menjana modal insan holistik yang cemerlang selain memperkasakan institusi kekeluargaan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini kerana Face mendukung usaha ke arah penghasilan penyelidikan yang boleh diguna pakai sebagai input untuk membantu meningkatkan kecemerlangan kanak-kanak, remaja dan keluarga.

"Saya percaya program pendidikan yang berkualiti dapat menyediakan anak-anak dengan asas yang kukuh bagi bersama-sama memacu kemajuan negara serta sebagai persediaan dalam membina modal insan terbaik.

"Saya optimis dengan kepakaran yang dimiliki Face yang boleh membantu meningkatkan serta menambah baik program pendidikan termasuk Permata Negara sedia ada," katanya ketika merasmikan Face dan Makmal Taska Permata Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Radin Umar Radin Sohadi dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad.

Pada majlis itu, Rosmah turut melancarkan dua produk penyelidikan Face yang terdiri daripada pakej literasi cetusan rumah, HELP-Kids dan buku panduan Terapi Bermain.

Menurut Rosmah, Face telah menyediakan persekitaran kondusif dari segi emosi, fizikal dan intelektual yang mampu menjana minda kanak-kanak.

"Sebagai contoh, saya dimaklumkan Face telah melakukan aktiviti luar bilik darjah dengan membawa kanak-kanak ke pelbagai fakulti bagi memberi pendedahan kepada pelbagai sektor seperti kejuruteraan dan pertanian.

"Saya percaya dengan pendedahan dari seawal usia mampu memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa ketika kanak-kanak itu dewasa," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment