My Add

Tuesday 23 October 2012

Gabenor BNM digesa beri perhatian serius

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz digesa memberi perhatian serius terhadap sebuah bank tempatan yang didakwa cuba membawa masuk unsur politik dalam institusi perbankan dan kewangan negara.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, institusi perbankan sewajarnya bebas daripada cengkaman ahli politik yang mempunyai rekod merosakkan imej negara sama ada di dalam atau luar negara.

Menurut beliau, perbuatan sebuah bank menjemput tokoh pembangkang sebagai penceramah utama mereka dalam siri penerangan ekonomi serta politik berkaitan pilihan raya adalah bertentangan dengan kod etika perbankan negara dan perlu diambil tindakan segera.

"Sikap bank ini yang 'melacurkan' profesionalisme perbankan amat dikesali dan wajar diberikan perhatian Gabenor Bank Negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment