My Add

Wednesday 24 October 2012

Gabungan persatuan minta seragamkan elaun petugas masjid

BACHOK, RABU, 24 Oktober, 2012: Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid SeMalaysia (GPKMS) meminta kerajaan menyeragamkan elaun bulanan pegawai dan petugas masjid di seluruh negara.

Setiausaha Agungnya, Mohd Yusoff Daud berkata elaun yang diterima oleh pegawai masjid, terutama imam, bilal dan siak tidak sama antara negeri.
Sebagai contoh, beliau berkata, di Johor, elaun bilal RM50 dan RM30 bagi siak berbanding di Pahang RM200 bagi bilal dan RM250 bagi siak manakala di Kelantan pula masing-masing RM500 bagi bilal dan siak.

"Kita sudah mengemukakan cadangan elaun kakitangan masjid melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang pada dasarnya sudah dipersetujui," katanya.

Mohd Yusoff berkata, perkara itu sudah dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi belum ada keputusan muktamad.

Katanya, ketika ini terdapat hampir 40,000 petugas masjid, termasuk imam, bilal dan siak yang bertugas di 20,000 masjid mukim di seluruh negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment