My Add

Monday 22 October 2012

Geng Syawal curi Proton tumpas

Oleh FADZLY IZAB
MELAKA, AHAD, 21 Oktober, 2012: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Syawal yang terlibat dalam beberapa kes curi kereta jenis Proton di negeri ini berikutan penangkapan empat ahli kumpulan itu di sini malam tadi.

Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 39 tahun ditahan di sebuah bengkel di Duyong pukul 8 malam hasil intipan yang dibuat polis dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, kumpulan itu dikatakan terlibat dalam beberapa kes curi kereta Proton Saga dan Iswara yang kemudian meleraikan komponennya untuk dijual. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment