My Add

Wednesday 24 October 2012

GERAKAN gesa MB Kedah henti salahkan BN atas kerugian pelaburan

ALOR SETAR, RABU, 23 Oktober, 2012: Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak lebih bertanggungjawab dalam berdepan isu berkaitan pelaburan projek balak dan perladangan di Papua New Guinea termasuk berhenti menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kerugian dialami.

Ia kerana, katanya, perjanjian pembelian saham dan kerjasama bernilai RM31.21 juta yang ditandatangani Kedah Corporation Bhd bersama MAS Incorporated Ltd ditandatangani pada 12 Oktober 2008 iaitu hampir tujuh bulan selepas PAS mengambil alih pentadbiran Kedah. 

"Tidak logik jika PAS tuding jari tuduh BN yang bawa pelaburan itu kerana perjanjian itu dibuat ketika PAS menerajui kerajaan negeri Kedah.

"Malah, kenyataan Azizan mendakwa tidak tahu mengenai pelaburan itu juga dianggap tidak logik kerana Azizan sendiri yang menyaksikan perjanjian itu yang dbuat di Wisma Darulaman, di sini.

"Jadi, saya harap Menteri Besar selaku Ketua Eksekutif pentadbiran kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan berhenti salahkan pihak lain atas kegagalan dialami," katanya dalam sidang media di sini, pagi tadi. - BH

No comments:

Post a Comment