My Add

Tuesday 9 October 2012

Gula Malaysia laris di selatan Thailand

Oleh YULPISMAN ASLI
SUNGAI GOLOK, Thailand, ISNIN, 08 OktOBER, 2012: Gula Malaysia terus mendapat permintaan tinggi di sini meskipun harganya telah meningkat sebanyak 20 sen sekilogram berikutan pengurangan subsidi oleh kerajaan.

Kenaikan harga tersebut tidak dapat mengekang penyeludupan komoditi itu ke sini apabila tinjauan yang dilakukan sekitar pekan Sungai Golok dan Mundok mendapati gula jenama Malaysia masih 'memenuhi' kedai-kedai runcit dan menjadi pilihan pembeli.

Lebih mengejutkan, gula dan tepung gandum jenama 1Malaysia juga terdapat di kedai-kedai runcit sekitar pekan itu.

Beberapa penduduk yang ditemui memberitahu, faktor kualiti dan rasa lebih enak menyebabkan gula Malaysia mendapat permintaan tinggi berbanding gula tempatan yang berwarna agak kemerahan.

Seorang penduduk, Nohani Idris, 48, berkata, walaupun harga di Malaysia sudah naik dan dijual pada harga RM2.70 hingga RM3 sekilogram, dia masih memilih gula dari negara jiran itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment