My Add

Monday 22 October 2012

Guna teknologi membran di loji air tak praktikal: Muhyiddin

 *MUHYIDDIN mendengar taklimat berhubung cadangan pembangunan
 projekLoji Rawatan Air Langat 2 untuk fasa pertama.
*PeELAN lokasi.

HULU LANGAT, ISNIN, 22 Oktober, 2012:: Cadangan kerajaan Selangor menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada tidak praktikal dan membabitkan kos lebih tinggi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ia bukan penyelesaiannya dan apa yang perlu dilakukan adalah meneruskan projek pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) seperti dirancang.

"Saya sudah mendapatkan pendapat pakar berhubung teknologi membran dan dimaklumkan ia adalah langkah yang tidak praktikal dan kosnya juga akan bertambah," kata Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak LRAL 2 di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-Isu Air Selangor berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung cadangan kerajaan negeri untuk menggunakan teknologi membran bagi menangani isu air di Selangor pada masa akan datang.

Terdahulu, Muhyiddin meninjau sekitar Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru, pagi tadi.

Dalam lawatan kira-kira sejam bermula jam 9 pagi itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu Air Selangor turut diberi taklimat oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teoh Yen Hua. - BH

No comments:

Post a Comment