My Add

Thursday 25 October 2012

Insentif RA tidak dilanjut

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012:Kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh insentif elaun pelaburan semula (RA) walaupun mendapat permintaan daripada beberapa pemain industri berasaskan getah.

Ketika ini, tempoh RA yang diberikan kerajaan kepada peserta industri adalah selama 15 tahun.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, tempoh yang diberikan itu dilihat sudah cukup dan tiada sebarang perubahan dirancang oleh kerajaan.

"Kami memang menerima permintaan daripada beberapa syarikat, tetapi peraturan sekarang telah menetapkan tempoh 15 tahun dan kerajaan akan meneruskan pelaksanaannya.

"Mereka boleh menghantar permohonan tetapi tiada perubahan setakat ini. Mungkin untuk masa depan kerajaan akan mengkaji permintaan tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment