My Add

Wednesday 24 October 2012

Inventori cerun siap Mac 201

*SHAZIMAN Abu Mansor (dua dari kanan) dan Che Abdullah Hasandi Abdullah
 meninjau kerja-kerja pembaikan cerun di Seksyen 57, Laluan FT 59, Jalan Ringlet
di Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.
Oleh ROKIAH ABDULLAH 
CAMERON HIGHLANDS, SELASA, 23 Oktober, 2012: Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses menyiapkan inventori kira-kira 21,000 cerun di Jalan Persekutuan di seluruh negara bagi membantu kerajaan mengenalpasti serta merancang strategi pembaikan dan pemulihan, khususnya membabitkan cerun yang bermasalah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, sehingga kini, cawangan Kejuruteraan Cerun JKR telah berjaya menyiapkan 75 peratus daripada inventori tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada Mac depan.

Menurut beliau, inventori merangkumi maklumat kira-kira 16,000 cerun di Semenanjung, 3,000 (Sabah) dan 2,000 di Sarawak akan digunakan sebagai pangkalan data mengandungi semua butiran terperinci berkenaan cerun terlibat, termasuk lokasi, risiko dan kategorinya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment