My Add

Monday 8 October 2012


Isu diplomat Singapura sertai Bersih 3.0 selesai

 Anifah Aman
 ARHIZA AHMAD
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Isu penyertaan tiga diplomat Singapura dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu telah selesai berikutan hubungan baik antara Malaysia dan Singapura.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau sendiri bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, K Shanmugam dan membincangkan perkara tersebut.

“Siapa mereka, ia tidak perlu dipersoalkan. Kita menghormati undang-undang antarabangsa, yang mana mempertanggungjawabkan semua negara mengambil langkah wajar antaranya keselamatan diplomat asing.

“Kerajaan juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk tahap pembabitan mereka, sama ada hanya sebagai pemerhati setempat ataupun turut serta dalam perhimpunan itu,” katanya ketika menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang ingin mengetahui rasional Kementerian Luar menegur Kedutaan Singapura berhubung penglibatan tiga diplomat itu.

Anifah berkata, sebagai negara yang menghargai hubung baik negara jiran, kerajaan telah mengambil pendekatan terbaik dalam isu tersebut.

“Ketika pertemuan saya dengan Shanmugam pelbagai perkara telah dibincangkan bagi memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin,” katanya.

Anifah berkata, sebelum ini Wisma Putra telah menegur pembabitan dipolmat tersebut, tindakan ini diambil bagi menjaga hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Menurutnya, teguran itu dibuat kerana isu berkenaan telah perhatian umum sama ada di Malaysia ataupun Singapura.

Pada 28 April lalu, tiga diplomat republik itu, didakwa turut sertai dalam perhimpunan Bersih 3.0  - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment