My Add

Thursday 25 October 2012

Janda dan empat lelaki dipenjara 15 tahun

KOTA BHARU, KHAMIS,  25 Oktober, 2012: Seorang janda beranak dua bersama empat lelaki terpaksa meraikan Hari Raya Aidiladha di dalam lokap selepas dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan disebat 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Azman Mustapha selepas mendapati kelima-lima tertuduh bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu secara bersama memiliki dadah jenis methylenedioxymphetamine seberat 38.06 gram pada 19 Julai tahun lalu.

Azman memerintahkan hukuman dijalankan bermula dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment