My Add

Monday 22 October 2012

Jawatankuasa pantau iklan mengelirukan ditubuhkan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan Jawatankuasa Pengiklanan bagi memantau iklan-iklan palsu atau mengelirukan bagi memelihara kepentingan pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi jawatankuasa itu satu garis panduan diwujudkan bagi menjelaskan perkara-perkara berkaitan penerbitan iklan-iklan seumpama itu.

“Garis panduan ini terpakai kepada iklan-iklan yang memberi implikasi kepada pengguna.

"Contoh iklan yang mengelirukan seperti 'kain ini diperbuat 100 peratus daripada kapas' walhal bila dibeli ternyata kain itu hanya 50 peratus sahaja diperbuat daripada kapas dan selebihnya tekstil biasa. Ini amat mengelirukan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment