My Add

Sunday 21 October 2012

Juara MotoGP Malaysia milik Pedrosa

SEPANG, AHAD, 21 Oktober, 2012: Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa memenangi kejuaraan MotoGP selepas mencatat masa 29 minit 29.049 saat pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 berlangsung di sini hari ini.

Tempat kedua jatuh kepada rakan senegara, Jorge Lorenzo daripada Yamaha Factory Racing dengan masa 29"31.823s, manakala rakan Pedrosa dalam pasukannya, Casey Stoner dari Australia di tempat ketiga mengambil masa 29"36.193s.

Perlumbaan MotoGP sebanyak 20 pusingan itu dikurangkan kepada 14 pusingan sahaja kerana hujan lebat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment