My Add

Wednesday 24 October 2012

Jurujual dipenjara 13 tahun, 7 sebatan kerana pecah amanah

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012: Seorang jurujual dikenakan hukuman penjara 13 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah membabitkan wang bayaran pelanggan lebih RM21,000.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan hukuman terhadap Bong Kuek Chern, 25, atas setiap tuduhan berjalan serentak berkuatkuasa dari tarikh tangkapan 5 September lalu.
Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara tiga tahun.

Bong, dari Ulu Tiram, Johor, diamanahkan sebagai jurujual di sebuah syarikat pembekal penghawa dingin, Gain City Parts Sdn Bhd, untuk menyediakan invois dan bil tunai serta mengutip bayaran daripada pelanggan.

Bagaimanapun, wang yang dikutip dari pelanggan itu tidak diserahkan kepada majikannya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di pejabat Gain City Parts Sdn Bhd di No 30, Jalan Development, Taman Kepong di sini, antara 7 Februari hingga 4 Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad manakala Bong tidak diwakili peguam.
Dalam rayuannya, Bong memohon hukuman yang ringan kerana beliau masih menyara dua anaknya yang masih kecil. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment