My Add

Friday 26 October 2012

Kelantan gagal wujud pekerjaan punca imigrasi rakyat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Kegagalan kerajaan Kelantan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor selama lebih 20 tahun mentadbir merupakan punca utama aliran imigrasi rakyatnya ke negeri lain meningkat terutamanya di Lembah Klang.

Penganalisis ekonomi, Prof. Datuk Amir Hussein Baharuddin berkata, bilangan rakyat Kelantan yang mempunyai kelayakan dan kelulusan dalam pelbagai bidang adalah jauh lebih tinggi berbanding peluang pekerjaan yang wujud di negeri itu.

Situasi ini menurut beliau menyebabkan ramai rakyat Kelantan mengambil keputusan berhijrah ke negeri lain untuk mendapatkan pekerjaan.

"Walaupun ramai rakyat di Kelantan mempunyai kelayakan dalam bidang tertentu, namun kerajaan negeri tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan setaraf dengan kelulusan mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment