My Add

Wednesday 24 October 2012

Kelantan rugi lebih RM700 juta?

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
 KOTA BHARU, SELASA, 23 Oktober, 2012: Kerajaan Pas Kelantan dipercayai mengalami kerugian lebih RM700 juta iaitu bersamaan dengan dua kali ganda bajet tahunan kerajaan negeri ini di atas kegagalan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan atau lebih dikenali dengan Projek Lembah Sireh.

Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (gambar) berkata, jumlah itu adalah hasil daripada nilai tanah yang diberikan kepada syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. serta sumbangan balas syarikat tersebut kepada kerajaan Pas Kelantan seperti mana yang termaktub dalam perjanjian di antara kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata, ia adalah bukti bahawa kerajaan Pas Kelantan gagal dalam mengurus tadbir negeri ini sehingga tanah yang bernilai tinggi 'tergadai' begitu sahaja tanpa mendapat sebarang pulangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment