My Add

Tuesday 9 October 2012

Kenyataan Azmin melampaui batas - Karpal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan tentang siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang kekal memerintah negeri tersebut selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, Azmin tidak sepatutnya memberi sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kesan kepada pakatan pembangkang.

''Azmin telah melampaui batas semasa menyatakan pandangannya kerana isu berkenaan adalah di luar bidang kuasa PKR. Isu itu melibatkan pucuk pimpinan pakatan pembangkang," katanya seperti dilaporkan akhbar The Star hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Azmin baru-baru ini yang membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya pakatan pembangkang mengekalkan kuasa di negeri berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment