My Add

Friday 26 October 2012

Kerajaan digesa ambil alih pengurusan pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Kerajaan digesa mempertimbang untuk mengambil alih pengurusan pengangkutan awam di negara ini bagi menambah baik dan menyeragamkan semula sistem tersebut.

Koordinator Kumpulan Kerja Mengenai Pengangkutan Awam di Malaysia (KPPAM), A. Sivarajan berkata, gesaan itu dibuat kerana masih terdapat rungutan daripada orang awam tentang kelemahan sistem pengangkutan awam walaupun banyak penambahbaikan telah dibuat.

"Masalah utama yang dikenal pasti membelenggu orang awam ialah perkhidmatan bas yang kebanyakannya hanya tertumpu di kawasan Kuala Lumpur sahaja.

"Lokasi stesen-stesen tren transit aliran ringan (LRT) jauh dari kawasan perumahan dan kebanyakan bas berhenti di lokasi yang kurang selamat untuk pengguna,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Forum Kebangsaan Pengangkutan Awam Di Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment