My Add

Tuesday 16 October 2012

Kerajaan kaji hala tuju NFC

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Kerajaan mengambil beberapa langkah dalam mengkaji semula hala tuju projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di samping mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2011, kerajaan turut mengkaji kemungkinan mengambil tindakan sivil terhadap NFCorp untuk mendapatkan semula pinjaman yang diberikan.

Laporan berkenaan menyebut, beberapa siri perbincangan telah diadakan antara Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama Jabatan Peguam Negara bagi meneliti tindakan-tindakan sesuai yang boleh diambil kerajaan terhadap syarikat terbabit.

Ujar laporan berkenaan, terdapat enam perkara berbangkit yang diketengahkan berkaitan projek NFC. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment