My Add

Monday 8 October 2012

Kerajaan sedia timbang levi ganti arahan bina rumah kos rendah

 PUTRAJAYA, AHAD, 07 Oktober, 2012: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia menimbangkan cadangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang mahu kerajaan mengenakan levi sebagai ganti arahan membina rumah kos rendah.

Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, kementerian itu terbuka kepada cadangan-cadangan yang diberikan berhubung pembinaan rumah kos rendah.

Bagaimanapun, dalam perkara itu kementerian tidak tahu sama ada cadangan berkenaan dipersetujui oleh semua pemaju atau sebaliknya kerana sekiranya pelaksanaan dibuat, pemaju perlu membayar levi mengikut peruntukan yang ditetapkan.

"Kita akan lihat dan bincang dengan teliti terlebih dahulu untuk memastikan keberkesanannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

No comments:

Post a Comment